Luna Maya

Rakaman Nahas Pesawat China Terjunam Laju & Terhempas Di Tengah Hutan Menyebabkan 133 Penumpang Maut

BEIJING – Sebuah pesawat penumpang milik China Eastern Airlines membawa 132 orang terhempas di selatan China hari ini.

RAKAMAN KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Kata pihakberkuasa aviasi dengan media pemerintah melaporkan bahawa nahas mencetuskan kebakaran di sebuah kawasan pergunungan, manakala jumlah korban belum dapat disahkan.

Penerbangan Boeing 737 dari bandar Kunming ke hab selatan, Guangzhou itu ‘terputus hubungan di Wuzhou’ iaitu sebuah bandar di rantau Guangxi, kata Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dalam satu kenyataan secara online.

“Setakat ini, adalah disahkan bahawa penerbangan tersebut terhempas,” kata CAAC sambil menambah,  pihaknya telah mengaktifkan tindakan kecemasan dan menghantar kumpulan petugas ke lokasi kejadian.

“Pesawat itu membawa 123 penumpang dan 9 kru penerbangan,” kata CAAC lagi.

Terdahulu, media pemerintah melaporkan pesawat itu membawa seramai 133 orang.

Media rasmi pemerintah, CCTV melaporkan bahawa pesawat itu terhempas di daerah Teng, dekat Wuzhou dan mencetuskan ‘api setinggi gunung’.

Seorang penumpang memberitahu laman berita tempatan bahawa pesawat malang itu berkecai dan kawasan hutan di lereng gunung di mana ia terhempas terbakar.

Kebimbangan tentang nasib yang menimpa pesawat itu tersebar selepas media tempatan melaporkan bahawa Penerbangan China Eastern MU5735 itu gagal tiba di Guangzhou selepas berlepas dari Kunming sejurus selepas pukul 1 tengah hari (waktu tempatan).

“Lokasi tepat nahas itu adalah perbandaran Langnan di daerah Teng,” kata seorang pegawai tempatan kepada agensi berita AFP.

Laman pemantauan penerbangan FlightRadar24 menunjukkan tiada lagi data untuk Penerbangan MU5735 selepas pukul 2.22 petang apabila kapal terbang itu sampai ke Wuzhou.

Data terakhir menunjukkan pesawat itu menjunam dari ketinggian 29,100 kaki kepada 3,225 kaki dalam masa tiga minit sebelum maklumat penerbangan terhenti.

Tonton Beberapa Video Yang Berjaya Dirakam:

 

Sumber global

Leave a Reply

Your email address will not be published.