Luna Maya

“Korang Duk Mengata Aku, Tengok Anak Aku Pandai” – Kak KM Gembira Anak Terim4 Taw4ran B4lajar UM

Usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya menerima tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Diploma di Universiti Malaya (UM).

Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM berkongsi berita gembira serta surat tawaran anaknya itu untuk tatapan umum.

“Korang Duk Mengata Aku, Tengok Anak Aku Pandai” - Kak KM Gembira Anak Terim4 Taw4ran B4lajar UM

“Alhamdulillah syukur terima kasih Ya Allah. Tahniah anak mama @nabilamalu. Universiti Malaya anakku. Hanya Allah je tahu apa rasa perasaan ni bangganya, rasa berbaloi, hilang penat lelah ni.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Anak mama memang pandai sejak kecil lagi. 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat best student kat sekolah. Ya Allah happynyaaa,” tulis Kak KM di ruangan kapsyen.

Melihat daripada perkongsian itu lagi, anaknya Nabila Razman memperoleh tawaran bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan bertempat di UMCCed, UM, Kuala Lumpur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan tahniah pada Kak KM sekeluarga dan mendoakan agar pengajian Nabila berjaya.

Bukan senang nak masuk UM. Tahniah Kak KM,” ujar seorang wargamaya.

Congrats Nabila. Hiraukan apa orang cakap. Suka tengok Kak KM satu family,” komen seorang wargamaya.

Tahniah Nabila. Belajar elok elok dear, zaman Covid ni lagi mencabar,” pesan seorang wargamaya.

Alhamdulillah tahniah Bella. Terus maju untuk buktikan depat orang yang mengata tu habuk pun takdak,” kata seorang wargamaya.

Dah la cantik, pandai pulak tu. Tahniah Bella,” puji seorang wargamaya lagi.

Komen Netizen

NANTI BELAJAR RAJIN-RAJIN

BELAJAR TINGGI LAGI ELOK TTUP AURAT

UNTUNG ORANG UM

Jangan dengki dengan kejayaan orang lain

Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *