Luna Maya

Anggota poIis berpangkat koperaI tunggang motosikal kuasa tinggi maut kemaIangan

SERIAN: Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya dipercayai terbabas di atas jejambat Kilometer 58 Jalan Kuching-Sri Aman, di sini, hari ini.

Dalam nahas jam 10.04 pagi itu, mangsa, Koperal Zairulizan Ismail, 38, dari Kampung Melayu Tebakang, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

GAMBAR DI BAWAH SEKALI

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki Z1000 dari arah Kuching menuju Serian.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar konkrit pembahagi jalan.

“Mangsa cedera serius pada kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *