Luna Maya

Sewa Banglo semata utk menganjurkan parttti liiaarr 20 individu ditaahann, netizen perasan ssuatu

SEWA BANGLO UNTUK ANJUR PARTI LIAR, 20 INDIVIDU DITAHAN.

GEORGE TOWN – 20 individu ditahan dalam serbuan yang telah dijalankan oleh sepasukan polis yang diketuai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Deputi Superintendan Akmal Yahaya, di Taman Star Hill, Bukit Gambir pada jam 12.30 tengah malam semalam kerana dipercayai sedang leka berhibur dalam parti liar yang telah dianjurkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang, Senior Assistant Commissioner Rahimi Ra’ais berkata, hasil serbuan membawa kepada penangkapan 20 individu itu terdiri daripada 13 lelaki dan 7 wanita.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 25 tahun itu merupakan kenalan masing-masing dan merupakan pekerja kilang serta penghantar makanan.

Siasatan awal mendapati mereka menyewa banglo tersebut untuk sehari dengan kadar sewaan RM800 menerusi Facebook untuk tujuan berparti.

Dalam serbuan itu, pihak polis merampas dadah jenis syabu, kondom serta peralatan sistem audio. Ujian saringan awal air kencing mendapati 12 lelaki dan 5 wanita positif dadah jenis methaphetamin.

Kesemua tahanan dibawa ke Mahkamah Georgetown dan telah mendapat arahan reman selama 4 hari sehingga 4 Ogos 2021 untuk tujuan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan( kesalahan kecuaian yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit merbahaya) Sek. 12(3) ADB 1952 dan Sek. 15(1)(a) ADB 1952.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat berkaitan parti liar berkenaan selain mengalu-alukan kerjasama orang ramai dalam menyampaikan kegiatan jenayah kepada pihak polis,” ujar Senior Assistant Commissioner Rahimi.

Sumber PDRM Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published.