Luna Maya

‘Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long’ – Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah

Kisah ‘amukan’ seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long, di sebuah kedai serbaneka 7Eleven masih lagi hangat diperkatakan netizen sehingga ke hari ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Bermula dengan isu mengamuk gara-gara cuba mempertahankan anak lelakinya yang dituduh mencuri di 7E sehinggalah perlakuan biadap di KFC, Kak Long terus menjadi sasaran kebencian warganet.

'Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long' - Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah

“Patutnya TV Alhijrah kena panggil pekerja 7E tu, bukannya Kak Long ni sebab pekerja itu yang menjadi mangsa. Sifat sabar dan lemah lembut percakapannya yang patut dicontohi. Kalau naikkan orang yang tidak beretika ini viral, lama-lama makin lemak masyarakat kita ni. Perkara biadab disanjung tinggi,” ciap Nazura.

“Takkanlah TV pun menumpang populariti orang macam ni untuk naikkan rating?” ciap Don Pablo.

“TV Alhijrah tak ada hal, cari pasal. Lama kelamaan orang yang macam inilah akan mewarnai masyarakat. Apabila masyarakat rosak, bertanya lagi sebab apa,” ciap Ahmad Faezuddin.

“Semakin bangga la dia. Buat jahat pun orang angkat dia. Bukan apa, kadang manusia ni kena bagi pengajaran bukan naikkan macam ni. Cuba tanya orang 7E tu apa perasaan dan cara dia handle orang kasar seperti ini. Sudah-sudahlah upkan orang macam ni. We expect more from you TV Alhijrah,” ciap Tomyam Ayam.

“Malaysia sudah nazak, pekerja 7E yang berhemah tidak diangkat, yang celupar dan menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya diangkat. Penjual produk timbang kilo semakin riak dan juah, semakin disokong masyarakat. Ahli politik semakin korup kerap diangkat naik. Ustaz yang membawa cerita menipu semakin popular dan ramai pengikut,” kata Nasoruddin Shah.

Menjengah ke ruangan ciapan, terdapat warganet yang mengatakan hanya di Malaysia sahaja merupakan platform untuk kelompok yang bermasalah moral berbanding individu yang menegakkan kebenaran.

'Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long' - Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa netizen meluahkan rasa kesal dengan perkembangan industri hiburan di Malaysia sekiranya pihak produksi masih lagi mengejar publisiti murahan.

'Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long' - Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah'Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long' - Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah

Difahamkan, posting asal yang dimuat naik oleh PU Amin sudah dipadam di laman Facebook beliau sebaik sahaja mendapat kecaman dan kritikan oleh pengguna platform itu.

'Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long' - Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah'Patutnya stesen TV panggil pekerja 7E, bukannya Kak Long' - Kecoh netizen tak puas hati Kak Long dijemput ke program TV Alhijrah

Sumber: Twitter @RafiCounsel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *