Luna Maya

Khabar Menghiibakan 28 Penumpang Mavt SeIepas Bas Ekspres Terjunam ke DaIam Gaung. SaIam takziah buat keluarga

Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh, manakala yang lain cedera selepas sebuah bas yang sarat dengan penumpang terjunam ke dalam gaung di barat laut Nepal, semalam.

RAKAMAN KEMALANGAN DI BAWAH SEKALI

Kejadian berlaku di kawasan pedalaman di Mugu, kira-kira jam 12.30 tengah hari waktu tempatan itu dipercayai akibat tayar bahagian hadapan kenderaan terbabit bocor, kata pegawai daerah Rom Bahadur Mahat kepada AFP.

Bas berkenaan dipandu dari Banke ke kawasan Mugu dan dipercayai membawa seramai 45 penumpang yang mahu menyambut perayaan Hindu, Dashain.

“Kemalangan menyebabkan 28 penumpang terbunuh dan pihak kami cuba mengesan mayat. Mereka yang cedera kini di rawat di hospital,” kata Mahat.

Bantuan helikopter terpaksa digunakan untuk membawa pesakit bagi mendapatkan rawatan dan pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa yang terselamat di lokasi kejadian.

Pemandu bas dikatakan turut mengambil penumpang di sepanjang perjalanan dan sebahagian daripada mereka tidak berdaftar menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk mengenal pasti jumlah sebenar penumpang.

Kemalangan jalan raya ngeri sentiasa berlaku di negara Himalaya itu disebabkan keadaan jalan yang teruk, tiada penyelenggaraan kenderaan yang baik serta pemanduan secara melulu.

Mengikut data kerajaan, lebih 2,500 orang terbunuh di hampir 13,000 jalan akibat kemalangan di Nepal pada tahun 2019. – AFP

SUMBER BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *