Luna Maya

Video: Laju macam air sungai, jalan raya di sekitar perumahan Yan Merbok Kedah ditenggelami air deras

Beberapa kampung dan kawasan perumahan sekitar Yan dan Merbok dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

Kawasan yang berdekatan dengan sungai paling teruk terjejas malah di Pekan Yan turun dilanda banjir ini kerana lokasinya ditepi sungai.

Tidak kurang daripada itu, orang ramai serta penduduk turut berkongsi video dan gambar dikawasan perumahan mereka yang terjejas teruk akibat banjir kilat tersebut.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menurut penduduk, hujan sepanjang hari menyebabkan kawasan perumahannya di Taman Lembah Merbok dinaiki air, lebih memilukan ada sesetengah penduduk terpaksa menanggung kerosakan.

Guar Chempedak: Tiga kakitangan Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang lagi hilang selepas terperangkap dalam kepala air di Gunung Jerai, hari ini.

Fenomena turut mengakibatkan banjir kilat di kampung sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok dengan lebih 10 rumah dilapor rosak.

Seorang daripada kakitangan terselamat cedera di bahu dan dihantar ke hospital menggunakan khidmat EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.38 petang.

Katanya, mangsa yang cedera adalah Muhamad Muslim Shaari, 36, manakala dua lagi kakitangan, Muhamad Soleh Abdul Halim, 30-an, dan Muhammad Siraj Munir Muhamad Abdul Malek, 33, tidak cedera.

“Setakat ini, masih terdapat seorang mangsa iaitu Mohamad Syahruzi Muhamad, 40-an, gagal dikesan dan dipercayai masih hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan kita sedang menunggu Unit STORM dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) untuk bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

SAR turut disertai polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA).

Keadaan di beberapa kawasan di Yan, Kedah

Tonton video :

Jalan dah macam laluan air sungai yg deras

 

 

Fenomena kepala air di Guung Jerai

 

Doakan semua penduduk di sekitar yg terlibat semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *