Luna Maya

“Kita Sangat Mengharapkan Perubahan, Tapi Tak Berlaku”, Hanya ‘Kitar Semula’, Respon Anwar Tentang Kabinet Kerajaan Baharu

Berikut senarai penuh Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa: Azmin Ali (Bersatu)
Timbalan: Lim Ban Hong (MCA).

Menteri Kanan Pertahanan: Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kanan Pendidikan: Senator Dr Radzi Jidin (Bersatu)
Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Mohamad Alamin (Umno)

Menteri Kanan Kerja Raya: Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS)

Menteri Kewangan: Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

Agama – Senator Idris Ahmad (PAS)
Timbalan: Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Undang Undang – Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)
Timbalan: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu).

Ekonomi – Mustapa Mohamed (Bersatu
Timbalan: Eddin Syazlee Shith (Bersatu).

Sabah Dan Sarawak – Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan: Hanifah Hajar Taib (GPS)

Tugas Tugas Khas -Abdul Latif Ahmad (Bersatu)
Timbalan: Mastura Mohd Yazid (Umno).

Menteri Dalam Negeri: Hamzah Zainudin (Bersatu)
Timbalan: Ismail Mohamed Said (Umno), Jonathan Yassin (Bersatu)

Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno)
Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong (MCA)
Timbalan: Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah (Bersatu)
Timbalan: Kamarudin Jaffar (Bersatu)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi (GPS)
Timbalan: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun (Bersatu)
Timbalan :Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa (Umno)
Timbalan: Zahidi Zainul Abidin (Umno)

Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee (Bersatu)
Timbalan: Ahmad Hamzah (Umno), Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba IUmno)
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS)

Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin (Bersatu)
Timbalan:Wee Jeck Seng (MCA), Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan: Dr Mansor Othman (Bersatu)

Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim (Umno)
Timbalan: Jalaluddin Alias (Umno)

Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad (Umno)
Timbalan: Ahmad Masrizal Muhammad (Umno-Senator)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan
Timbalan: Ali Biju (Bersatu)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid
Timbalan: Abdul Rahman Mohamad (Umno), Hasbi Habibollah (GPS)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Merican Naina Merican (Umno)
Timbalan:Ismail Abd Muttalib (Umno)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar (Umno)
Timbalan: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri (GPS)
Timbalan: Edmund Santhara (Bersatu)

Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique
Timbalan: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Senator)

Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu (Bersatu)
Timbalan: Ti Lian Ker (MCA-Senator)

Menteri Sumber Manusia: M Saravanan (MIC)
Timbalan: Awang Hashim (PAS)

“Kita Harapkan Perubahan, Tapi Tak Berlaku”, Hanya ‘Kitar Semula’, Respon Anwar Tentang Kabinet Kerajaan Baharu

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah memberikan respon berkaitan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Ismail pagi tadi.

Katanya, pembentukan tersebut ternyata menghampakan rakyat kerana ia merupakan kabinet ‘kitaran semula’.

“Tentunya reaksi spontan dalam kalangan rakyat agak mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya kitaran semula.

“Seperti mana yang diuar-uarkan dalam media sosial secara gurauan, kabinet baharu kabinet lama tapi macam almari yang tiada perubahan,” katanya.

Tambahnya lagi, rakyat mengharapkan perubahan tetapi ia tidak berlaku dan sepanjang tempoh satu setengah tahun yang lalu, menteri-menteri tiada kemajuan yang membanggakan.

“Negara menghadapi masalah COVID-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bawahan tetapi langkah yang diambil itu menunjukkan kitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini secara berkesan.

“Oleh demikian, sambutan (rakyat) itu sangat menghampakan, apa yang kita harapkan ialah satu perubahan tetapi ini tidak berlaku,” katanya lagi.

Disebabkan itu, beliau sebagai Ketua Pembangkang menegaskan bahawa mereka akan tetap memantau dan menyuarakan pendapat dengan lantang jika tiada sebarang program pelaksanaan yang lebih mantap untuk menangani COVID-19 dan mengubah kehidupan rakyat.

“Justeru, kami sebagai pembangkang akan tetap secara lantang memantau, menyuarakan dan membantah sekiranya tiada program pelaksanaan yang lebih mantap dan berkesan untuk menangani masalah COVID-19 dan membawa perubahan terhadap kehidupan rakyat,” katanya.

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi video yang dimuatnaik di Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri pagi tadi, seramai 31 Menteri dan Timbalan Menteri telah dibentuk dengan beberapa orang muka baharu yang menggalas jawatan tersebut.

Sumber:Siakap keli, MalaysiaKini,  Anwar Ibrahim

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *