Luna Maya

Video: Tayang ‘baby bump’ comel ketika sarat hamil, ramai tak sangka wanita lahirkan sepasang kembar

KERAP memuat naik bentuk perutnya (baby bump) yang kecil ketika sarat hamil, seorang ibu menjadi tular di TikTok kerana mendedahkan dirinya melahirkan sepasang bayi kembar.

Becca, ibu kepada lima cahaya mata mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah sarat hamil ketika membuat rakaman dan memuat naik video di aplikasi berkenaan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Terdahulu, menerusi video yang meraih lebih daripada 320,000 jumlah tontonan, Becca menayang kandungannya yang kecil dari beberapa sudut, sekaligus membuatkan netizen tergamam dengan saiz perutnya.

Kemudian menerusi satu video berasingan, Becca memaklumkan perkembangan terkininya di mana dia baharu sahaja melahirkan sepasang bayi kembar perempuan.

Bayi kembarnya yang dilahirkan lima minggu lebih awal mempunyai berat 2.13 kilogram dan berada dalam keadaan sihat sepenuhnya.

Sejak dimuat naik, video tersebut mendapat ribuan tanda suka dan dalam masa yang sama mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen di ruangan komen.

Antara komen warganet :

Badan kecil je macam mana boleh sorokkan dua baby

kami semua tertanya-tanya mcm mana baby tu boleh menyorok dalam perut sekecil itu

Sila tonton rakaman video di bawah :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber mstar, video tiktok becca

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *