Luna Maya

Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berruulat, Ramai yg Dah ‘Kena’ Di Gerai Berrhantv Parit-Manong

Lelaki ini berkongsikan pengalaman seramnya apabila bekerja sebagai pemandu lori hampir 10 tahun. Seperti yang kita sedia ketahui, ramai pemandu lori yang memandu jauh pada waktu tengah-tengah malam dan pagi buta.

Ikuti perkongsian oleh pemandu lori ini di bawah.

Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berruulat, Ramai yg Dah 'Kena' Di Gerai Berrhantv Parit-Manong

Pemandu lori yang dikenali sebagai Yusof (nama samaran) memberitahu sudah menjadi kebiasaan dia akan memandu pada waktu malam dan menggunakan jalan kampung memandangkan ia lebih menjimatkan masa.

Selain itu katanya, jalan kampung membuatkan dia tidak bosan dan boleh melihat kawasan persekitaran selain mudah untuk membeli makanan memandangkan terdapat banyak kedai di tepi jalan.

Seperti biasa, ketika dia ditugaskan menghantar barang dari Klang ke Pulau Pinang, Yusof menggunakan jalan kampung melalui Sabak Bernam, Tanjung Karang, Teluk Intan, Parit sebelum masuk semula ke lebuh raya di Changkat Jering, Perak.

Yusof lebih gemar mengikut jalan kampung berbanding lebuh raya. Ketika melewati Parit-Manong, Yusof memberitahu perutnya berasa lapar dan ternampak sebuah gerai di tepi jalan.

Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berruulat, Ramai yg Dah 'Kena' Di Gerai Berrhantv Parit-Manong

“Ketika itu malam tetapi belum tengah malam, banyak gerai masih dibuka tetapi saya tertarik dengan sebuah gerai ini yang menjual kuih muih dan makanan bergoreng.

“Saya beli dua bungkus mi goreng dan bagi RM50 kepada peniaga memandangkan saya tiada duit kecil. Selepas dia serahkan baki, saya terus masuk ke dalam poket dan berlalu pergi,” katanya.

Lokasi gerai sebenarnya adalah tanah perkuburan!

“Saya terus berlari ke tandas dan muntah kembali apa yang saya makan tadi dan bagai dijangka apa yang keluar seperti tanah dan ada benda bergerak,” ceritanya.

Mee Goreng Bertukar Tanah Liat Berruulat, Ramai yg Dah 'Kena' Di Gerai Berrhantv Parit-Manong

Yusof terkejut apabila mendapati kawasan gerai itu adalah tanah perkburan.

Meskipun trauma dengan kejadian itu, Yusof memberitahu dia tetap meneruskan perjalanan ke destinasi sebelum pulang ke Klang keesokkan harinya.

Perasaan ingin tahunya juga membuatkan dia kembali menggunakan jalan kampung kerana ingin melalui kawasan dia membeli mi goreng tersebut.

“Ketika itu dalam pukul tiga petang dan apabila tiba di lokasi saya terkejut tempat itu adalah tanah perkburan!,” ujarnya.

Tidak berpuas hati dengan apa dilihatnya, Yusof memberitahu dia singgah ke gerai berhampiran dan bertanya kepada salah seorang penduduk kampung mengenai misteri yang dialaminya itu.

Menurut penduduk kampung, dia bukan orang pertama yang terkena sebaliknya ramai sudah menjadi mangsa terutamanya pada waktu malam.

Sumber: MSTAR

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *