Luna Maya

Khabar Terkini Dari Ebit Liew Berjaya Masuk Ke Ghaza, Mohon Rakyat Malaysia Mendoakan Beliau

PETALING JAYA – Selepas lama tidak memuat naik status di media sosial, akhirnya pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan dia dan kumpulannya berjaya memasuki Gaza, Palestin.

Menerusi hantaran terbaharu di laman Facebooknya hari ini, Ebit lew memberitahu dia berjaya memasuki negara terbabit dengan bantuan Tentera Mesir diringi kereta berperisai sepanjang perjalanan.

Menurutnya, kedutaan Malaysia dan unit perisikan Tentera Mesir memaklumkan rombongannya adalah kumpulan pertama di dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.

“Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar) yang dari mula membantu team kami dan setiap hari kami bermesej.

“Datuk Seri (Hishammuddin) telefon Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya. Katanya, ustaz jaga team kita ye, walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin,” katanya di sini hari ini.

Ebit Lew turut berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu dan turut menyumbang bersama serta selalu bertanya khabar.

“Terima kasih Palestine Red Crescent Society, terima kasih Malaysian Red Crescent serta Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan,”ujarnya.

Pada masa sama, Ebit Lew turut berkongsi rasa gembira dan terharu apabila berjaya menjejakkan kaki di bumi Palestin serta disambut meriah oleh masyarakat di sana.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri, mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin dan kini dapat jejak kaki ke sini.

“Saya minta maaf tidak ‘update’ sebelum ini atas faktor keselamatan, terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent, Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

“Sepanjang masuk sempadan Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka, terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya.-K! ONLINE

Selepas beberapa minit, post tersebut telah di remove dari laman rasmi fbook Ebit Lew kemngkinan atas faktor keselamatan beliau di sana.

Dan selepas beberapa minit kemudian, Ebit Lew buat posting terbaru. Ini ucapan beliau

Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.

Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra. Terima kasih Dato Idamoerni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.

Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.

Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.

Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.

Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga segala urusan Ustaz Ebit Lew di sana dipermudahkan dan selamat pulang ke Malaysia.

Sumber Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *