Luna Maya

Honda Civic terputus dua, pemandu maut di tempat kejadian

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, pemandu yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala

meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang yang parah pula dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta Honda Civic terbabit dalam perjalanan dari Pandan Indah menghala Pandan Perdana cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (PINDAAN) 2020.

“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navine Gunasegaran ditalian 012-6436327,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan mangsa. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *