Luna Maya

Tular Rakaman Kereta Mangsa Banjir Di Selangor Kena Saman Parking Di Bengkel

PETALING JAYA – Malang berganda buat mangsa banjir apabila kereta mereka bukan sahaja rosak ditenggelami air dan lumpur, malah turut dikompaun pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana diparkir di hadapan sebuah bengkel.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Difahamkan kejadian malang itu berlaku di sebuah kawasan di Sepang dan ia telah dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @myjoe_ pagi tadi.

“Kereta kene banjir park depan bengkel elok-elok pun kene saman. Punyalah tak beragak,” ciapnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan yang telah diambil pihak PBT terbabit yang seolah-olah tidak prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir.

“Pihak PBT pun agak-agaklah dah la kereta tu rosak, mereka pula tengah kesempitan wang nak baiki kereta, ini tambah pula kompaun. Memang tidak berhati perut,” ciap @MatNor pula.

“Yang tukang tulis saman ni yang paling tiada hati perut. Aku rasa boleh nampak kot minggu ni punya kereta rata-rata kereta mangsa banjir,” ciap @az_zahar.

“Mp sepang tu mmg mcm tu, perangai tak semegah. Dahlah jalan byk rosak/berlubang, lagi lagi yg dari nilai-klia, dia takde pulak nk tengok. Duk sibuk nak saman kereta mangsa banjir. Mmg barwa, takde keperimanusiaan langsung.” ciap @jimmy

Tonton Video Tersebut SILA KLIK SINI

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *