Luna Maya

Payuudara Membesar Selepas Suuntikan Pfizer Adalah Normal

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Sebilangan pakar berpendapat simptom payudara membesar selepas suntikan vaksin Pfizer seb3narnya tindak balas imunisasi yang berlaku selepas individu tersebut disuntik pada bahagian lengan, lap0r akhbar Daily Star semalam.

Pengarah Pusat Penjagaan Payudara Universiti California San Francisco, Dr. Laura Esserman berkata, apabila individu itu disuntik pada bahagian atas lengan, adalah normal bagi kelenjar limfa untuk membengkak sebagai sebahagian daripada tindak balas imunisasi.

“Saya pasti beratus-ratus ribu wanita akan mengalami keadaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan yang menyebut bahawa ramai wanita di Amerika Syarikat (AS) berasa bimbang kerana mengalami bengkak pada bahagian payudara selepas menerima suntikan vaksinasi Covid-19 yang dikhuatiri merupakan simptom kanser payudara.

Keadaan itu telah menyebabkan bilangan wanita di negara itu menemui doktor bagi menjalani ujian mamogram meningkat.

Selain di AS, perkara serupa turut dilaporkan di seluruh dunia, di mana ramai wanita mendakwa payudara mereka membesar selepas menerima suntikan vaksin Pfizer sekali gus mewujudkan istilah ‘pembesaran payudara Pfizer’.

Menurut beberapa pakar, selain sakit tekak atau simptom seperti selesema, payudara membengkak boleh berlaku kepada sesetengah individu selepas mendapatkan suntikan.

Bagaimanapun, Kolej Radiologi Diraja Australia dan New Zealand melaporkan keadaan bengkak seperti itu tidak berlaku dalam kalangan wanita yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *