Luna Maya

Susulan Kes Curi Tabung Masjid: “Saya sanggup ganti 10 kali ganda duit Masjid yang dicuri wanita ini”

Susulan kes curi tabung masjid yg tular beberapa hari ini, seorang individu yang diberi gelaran Wartawan Tua tampil menawarkan diri beliau untuk menggantikan wang tabung masjid RM40 yg dicuri oleh wanita tersebut.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menurut Khaidir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Wartawan Tua, pihak masjid boleh terus menghubungi beliau dengan menyertakan nombor akaun masjid untuk tujuan penggantian wang tersebut.

Tambah beliau lagi, sesiapa sahaja boleh tolong menyampaikan mesej tersebut kepada pihak masjid yang berkenaan.

SAYA SANGGUP GANTI 10 KALI GANDA DUIT MASJID YANG DICURI WANITA INI

Atas dasar kemanusiaan, saya Khaidir Ahmad @ Wartawan Tua dengan rendah hati menawarkan diri untuk menggantikan wang tabung masjid RM40 yang dicuri oleh wanita ini sebanyak 10 kali ganda atau RM400 jika AJK masjid berkenaan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap wanita berkenaan dan memaafkannya.

Pihak masjid boleh menghubungi atau WhatsApp saya di 0139288288 dengan menyertakan nombor akaun masjid bagi tujuan penggantian wang berkenaan.

Saya juga merayu kepada sesiapa sahaja yang boleh membantu saya bagi menyampaikan mesej ini kepada pihak masjid berkenaan.

Berita terdahulu melaporkan seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah atas kesalahan mencuri tabung di Masjid Sirajuddin.

Kangar: Tukang cuci sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri tabung dan wang RM40 di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh pada bulan lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, hanya mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan mencuri dalam bangunan dengan mencvri tabung Masjid Sirajuddin, Padang Pauh.

Dan wang bernilai RM40 yang terdapat dalam tabung masjid itu pada 28 Ogos lalu jam 8.54 malam.

Dia didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Sksyen 380 Kanun Kesksaan di mana sabit kesalahan boleh dihukum pnjara sehingga 10 tahun.

Serta denda dan jika ia kesalahan kedua atau berulang, tertuduh boleh dipnjara dan dikenakan denda atau sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.

Bukan RM40, Tapi rm28 Sahaja

Suspek ditahan di rumahnya di Arau pada 9.15 malam 29 Ogos lalu.

Tabung yang dicvri itu ditemukan dalam tandas di Pasar Beseri dan wanita terbabit dikatakan wang bagi mengisi minyak motosikal, membeli makanan dan menambah nilai telefon bimbit.

Ujian saringan air kencing suspek mengesahkan dia positif syaaabu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan dan risikan dijalankan, polis berjaya mengenalpasti suspek sebelum menahannya pada 29 Ogos.

Menurutnya, polis menemui tabung masjid dicuri itu di dalam tandas di Pasar Beseri dan wanita berkenaan mengaku mencuri tabung masjid.

Ini untuk menggunakan wang bagi mengisi minyak motosikal, membeli makanan dan menambah nilai telefon bimbit.

Ambil Makanan Di Food Bank Dulu

“Suspek pergi ke masjid itu pada 7 malam sebelum mengambil makanan dari ruangan ‘food bank’ masjid dan datang semula untuk mencuri tabung ketika jemaah sedang solat Isyak.

“Suspek direman sehingga esok dan ujian saringan air kencingnya turut didapati positif d4dah jenis sy4bu dan kes disiasat mengikut Sksyen 380 Kanun Kesksaan,” katanya.

Video :

 

Sumber HM, facebook Khaidir Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *