Luna Maya

“Bakpe U-Turn kat situ, cari masaIah sungguh” – Buat UTurn secara tiba2, Perdana dirempuh VoIvo sehingga bergegar CCTV

Jam 1.23 petang, 15 Mei 2021, berlaku kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan sedan di Jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan, akibat kecuaian salah seorang pemandu terbabit.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit itu menunjukkan, kereta Proton Perdana terdahulu dilihat memperlahankan keretanya dan masuk ke bahu jalan. Selepas kereta Perodua Myvi (putih) keluar dari simpang, pemandu Perdana dipercayai membuat pusingan U secara perlahan.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Dalam masa yang sama, kereta Volvo (hitam) dari laluan yang sama dipandu dengan laju sehingga terlompat ketika melalui bonggol jalan. Kehadirannya di jalan itu gagal disedari oleh pemandu Perdana.

Terkejut melihat kereta Perdana membelok secara tiba-tiba, pemandu Volvo cuba menekan brek kecemasan sehingga keempat-empat tayarnya berasap. Malangnya, usahanya gagal lalu merempuh kereta Perdana dari bahagian kanan pemandu Perdana.

Rempuhan itu menyebab kereta Volvo hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebahagian bangunan di situ. Manakala kereta Perdana mengalami kerosakan teruk di bahagian kanan dan tersadai di tengah jalan.

Dua kenderaan itu juga nyaris dilanggar sebuah kereta Perodua Viva yang kebetulan melalui jalan tersebut, tetapi pemandunya sempat memperlahankan kenderaan. Tidak diketahui bagaimana keadaan dua pemandu kenderaan terbabit.

Di media sosial, banyak reaksi dari netizen. Ada yang rata-rata menyalahkan pemandu Perdana yang membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya, tidak kurang juga yang menyalahkan pemandu Volvo memandu terlalu laju di jalan itu.

Walaupun begitu, ramai yang mendoakan agar kedua-dua pemandu kereta itu selamat dan orang ramai wajar menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran serta mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *