Luna Maya

Video: Jarang-Jarang BerIaku, KepaIa Gadis Sangkut Di Lubang Kaunter Pertanyaan Undang Ketawa Netizen

Anda perasan tak setiap kali kita mana-mana kaunter pertanyaan, mesti ada satu lubang ala-ala sebesar kepala.

Kebiasannya lubang tersebut digunakan untuk bercakaplah tapi kadang-kadang tak terdengar jelas juga, kan?

Tapi pernah ke anda terfikir nak masukkan kepala dalam lubang tersebut macam dalam video yang viral baru-baru ini?

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dalam video yang dipercayai berlaku di Indonesia tersebut, satu kepala telah tersangkut di lubang kaunter pertanyaan sehingga menimbulkan rasa cemas dan juga seribu persoalan buat netizen.

Kenapa masukkan kepala? Macam mana nak keluarkan? Kepala memang boleh lepas masuk ke?

Bagaimanapun penonton video boleh menarik nafas lega apabila kepala gadis tersebut selamat dikeluarkan biar pun cubaan awal membuatkan telinganya kelepet.

Begitulah manusia, kadang-kadang teringin jugak nak tahu dan cuba benda baru, kan?

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dan dalam masa yang sama berasa kasihan pada gadis tersebut.

“Mcm ada filem apa ntah..dia stuck kejap2..kejap stuck bawah meja…mesin basuh..bawah sinki..
Dia nak tiru mcm tu kot..mcm2 siri..ada yg best stuck bawah katil dia mnta tlg llki tu …nasib ada lelaki tu tlg” – netizen 1

“Nasib awk masuk kepala je.Kalau masuk dgn tulang bahu sekali..Januh panggil abam bomba” – netizen 2

“Yg salah lubang tu..kenapa ada situ..bukan salah pompuan tu” – Netizen 3

Tonton video di bawah :

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber Tiktok bangsatt23, Gulapop

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *