Tindakan beberapa pelajar di Indonesia yang dipercayai melanggar peraturan sekolah mengundang padah apabila seorang guru wanita bertindak membakar kasut mereka.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Video kejadian tersebut telah dikongsi oleh Fakta Indo di laman Instagram.
Guru ini membakar kasut pelajarnya kerana mereka melanggar peraturan sekolah iaitu pada hari Selasa mereka perlu memakai kasut hitam dan berstokin putih, tetapi pelajar tidak mematuhinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil dan mencadangkan denda yang lebih bersesuaian.
“Ilmu masuk kat kepala bkn melalui kasut..cuma peraturan kan tapi ye jgk bkn untuk dilanggar cuma perlu ada lebih tolak ansur dan timbang rasa…kdg yg dewasa pun terlupa hari,kdg ada la tu yg tak dqpt dielakkan…saya bc petikan tu..yg sy nampak cikgu bakar kasut sebab murid tak ikut peraturan pemakaian kasut dan stokin pada hari selasa je..sgt tak bertimbang rasa.” – Azlee
“Mak aku dari dulu lg pesan, jgn dibakar baju yg dh rosak atau dh buruk, at least buat lap apa2 kotoran dulu sblum dibakar. Xbaik dibuat pakaian mcmtu sesuka hati apalagi brg yg msih elok mcm kasut.. at least rampas la sja dulu, jgn terus dibakar brg yg msih elok dan brguna, brdosa kalau dibakar mcmtu je. Fikir la cara lain yg lebih baik utk bg pngajaran” – Saiful
Menurut saya jangan dibakar, membazir sebab beli pakai duit. Sepatutnya suruh mereka balik.
Maaf cikgu, sepatutnya jangan bakar. Kasut itu kan boleh dipakai di luar sekolah. Kesian juga dekat ibu bapa mereka.
Ini tindakan yang keterlaluan. Tindakan Guru tersebut akhirnya menerima padah apabila netizen mempersoalkannya dan mengecam perbuatan yg dilakukan oleh nya.
Tonton Video:
Tindakan beberapa pelajar di Indonesia yang dipercayai melanggar peraturan sekolah mengundang padah apabila seorang guru wanita bertindak membakar kasut mereka. pic.twitter.com/jkONdrC1jd
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) February 11, 2022
Sumber: Fakta Indo