Luna Maya

Video: Tengah lepak, gadis cuak kena kacau dengan Iaki saiko “kalau lari nnt diorang kejar”

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, pasti menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi pelajar perempuan sekiranya berhadapan sekumpulan pelajar lelaki yang melepak di kawasan tangga sekolah.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun bukan sahaja di sekolah, situasi cemas tersebut turut terjadi di tempat awam yang dilakukan oleh individu ‘psiko’ sehingga mengundang rasa kurang senang seorang remaja perempuan ini.

Seorang pengguna laman Twitter, @TIIIIIIIIMOTHY berkongsi semula satu video milik @nrkhaizatulll yang memaparkan gadis itu sedang melepak bersama seorang rakan di sebuah taman rekreasi sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali.

“Baju merah tu dah datang dengan anak dia kot kacau-kacau kitaorang sebelum pergi, pastu dia datang balik dengan kawan dia. Takut, sumpah,” tulis @nrkhaizatulll pada kapsyen video itu.

@nrkhaizatulll berkata, salah seorang lelaki terbabit menganggu mereka dengan meminta nombor telefon dan alamat rumah selain tidak mahu beredar dari lokasi berkenaan.

Video: Tengah lepak, gadis cuak kena kacau dengan Iaki saiko

“Selamba duduk sebelah kawan i macam tu. menggeletar member. Akhirnya kawan i kasi nombor telefon teman lelaki dia. Barulah diaorang gerak dari situ,” katanya.

Malah ketika mahu pulang ke rumah, dia dan rakannya terus diekori individu tersebut dan terpaksa bersembunyi sebelum ‘memecut’ motosikal ditunggang mereka keluar ke jalan utama.

Kalau lari mereka kejar

Video: Tengah lepak, gadis cuak kena kacau dengan Iaki saiko

Takut. Masa tu Tuhan je yang tahu

Video: Tengah lepak, gadis cuak kena kacau dengan Iaki saiko

Ciapan itu diulang kicau sebanyak 17,300 kali dan 15,800 tanda suka serta ratusan komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian berkenaan.

Takde kaitan dengan tudung

Video: Tengah lepak, gadis cuak kena kacau dengan Iaki saiko

Lelaki macam ni tak patut wujud

Video: Tengah lepak, gadis cuak kena kacau dengan Iaki saiko

Lelaki lain tolonglah alert dengan keadaan

Video: Tengah lepak, gadis cuak kena kacau dengan Iaki saiko

Biadap sangat ni ganggu ketenteraman orang

 

Ada lagi ya golongan macam ni, memang menakutkan. Banyak betul masa mengganggu orang. Hati-hati terutama anak gadis kat luar sana tu!

Antara warganet yang berkongsi pengalamam sama :

“Penah jgk alami..mmg seram, kene tahan tgh jln, sblm tu dia da perhati kite dlu..yes mmg xley lari selagi xbg nombor, mcm mana nak lari, dah dia pegang moto aku xnak lepas., Cara ckp pn mcm menyeramkam., saiko giler..last2 bg je nombor, sampai uma terus block.” – Ziela

“Yes benda ni pernah terjadi gak pada diri aku,laki tu follow dri kedai.srs takut giler sebab laki tu ikut betul smpai depan rumah aku do.hanya Allah je yg tau masa tu takut giler do dahla kat rumah takda orang and laki tu dia ekori smpai rumah do.”- Khaty

“Aku pun pernah. Cuak nak mampus. Walhal dia baru je hantar gf dia balik dari kerja kot. Time tu aku duk taman dengan member depan flat awek dia. Aku duduk blok sebelah. Dia tengok, sengih2. Pastu buat tangan mcm nak mintak no. Time aku Tengok dia xde.

Aku jalan la nak balik rumah. Tuptup haih ada kat belakang dengan moto dia. Ikut aku , apalagi aku lari le masuk blok. Tercungap2 aku naik tangga, dah la rumah tingkat atas sekali. Dah masuk rumah tu aku tgok je dia duk pusing2 blok aku. Gila betul.” – Diana

Disebalik kemarahan warganet, ada juga terselit netizen yang mempersoalkan tindakan gadis merakam video tersebut. Kalau hensem takdenya kena rakam kan..

Komen tersebut telah mewujudkan satu perbalahan sesama netizen.

Tonton Video :

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: Ohmymedia, Buletin Malaysia,TikTok @nrkhaizatulll , Twitter @TIIIIIIIIMOTHY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *