Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Uziel Martínez meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ditinggalkan teman wanitanya selepas sebulan dia mendermakan buah pinggangnya kepada ibu wanita itu.
Uziel Martínez berkongsi beberapa video di TikTok menceritakan bagaimana dia rela menawarkan diri untuk mendermakan buah pinggangnya kepada bakal ibu mertuanya itu.
Sementara di video lain, Uziel Martínez yang dipercayai berbicara menggunakan bahasa Mexico mendakwa dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap bekas teman wanitanya itu.
Sebenarnya saya baik-baik saja dari segi emosi, saya fikir begitu juga dia. Saya dengan dia tidak ada apa-apa, kami mempunyai hubungan baik. Kami bukan kawan, tetapi kami juga tidak membenci antara satu sama lain.
Video yang dikongsikan Uziel Martínez telah mendapat hampir 14 juta tontonan dan kebanyakan netizen turut bersimpati dengan nasib yang dilalui lelaki ini.
Mereka tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Uziel Martínez.
Malah netizen berpendapat bahawa wanita terbabit pasti akan menyesal suatu hari nanti kerana telah meninggalkan seorang lelaki yang sangat baik dan ikhlas mencintainya.
Sumber: Daily Star, Mirror UK