Luna Maya

Kecoh Ielaki didakwa kacau bini orang, ‘meroyan’ bila ditegur suami mangsa

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook, Miyo Putra memuat naik sebuah posting mendakwa seorang wanita yang juga isteri orang diganggu oleh seorang lelaki dikenali sebagai A.

Menerusi posting itu, Miyo berkongsi satu tangkap layar memaparkan ‘Direct Message’ (DM) lelaki tersebut yang dihantar kepada mangsa di Instagram meminta pertolongan bagi mendapatkan semula akaun aplikasi WeChat miliknya.

Kecoh Ielaki didakwa kacau bini orang, ‘meroyan’ bila ditegur suami mangsa

Meskipun mangsa tidak membalasnya, lelaki berkenaan kemudian didakwa cuba untuk melakukan gangguan seksual dengan mengatakan wanita itu semakin ‘mantap’ selepas melahirkan anak.

Tidak berdiam diri, suami kepada mangsa dipercayai cuba meminta penjelasan daripada lelaki terbabit menerusi DM sebelum berlaku ‘perang mulut’ gaya samseng antara kedua-dua pihak.

Kecoh Ielaki didakwa kacau bini orang, ‘meroyan’ bila ditegur suami mangsa

Berdasarkan tangkap layar lain yang dikongsi, suami mangsa meminta lelaki itu berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu apatah lagi terhadap wanita yang sudah mendirikan rumah tangga.

Bagi A pula, dia menganggap mesej dihantar itu sekadar ‘mengusik’ selain menyatakan dirinya sudah mengenali wanita terbabit lebih lama berbanding si suami.

Kecoh Ielaki didakwa kacau bini orang, ‘meroyan’ bila ditegur suami mangsa

Posting berkenaan dikongsi semula sebanyak 13,000 kali dan menerima 10,000 komen dalam kalangan warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap pendedahan terbabit.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah hubungan antara Miyo (kemungkinan suami) dan mangsa sehingga mendedahkan kisah tersebut sebegitu rupa.

Sumber: Ohmymedia, Facebook Miyo Putra

Leave a Reply

Your email address will not be published.