Luna Maya

‘Nak kami minta bantuan dari gereja ke, baru nak datang bagi bantuan?’ – Anak kecewa, 2 tahun berusaha dapat bantuan untuk lbu OKU tetapi pihak terbabit kata borang permohonannya hilang

“Kalau dah viral barulah nak datang,” demikian kata wanita yang dikenali sebagai Dyana Mohammed atau Kak Yana meluah rasa kesalnya terhadap

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan Lembaga Zakat Perak yang didakwa sukar menyalurkan bantuan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menurut Kak Yana, dia sudah cuba memohon bantuan untuk ibunya (OKU) daripada dua entiti tersebut sejak dua tahun lalu. Tetapi harapan peniaga burger itu untuk mendapatkan bantuan tersebut hancur berkecai kerana birokrasi yang ditonjolkan oleh pihak berkenaan.

“Saya berniaga burger, bukannya selalu boleh mendapat hasil yang banyak. Nak mendapat hasil RM50 sehari pun susah, sudahlah kena menyara enam orang anak.

Saya tak faham betul, kalau dah viral barulah nak datang. Lembaga Zakat pun suruh kami tunggu, nak kami tunggu berapa lama lagi?

“Nak kami minta bantuan di gereja ke barulah nak datang bagi bantuan?

Tak fikir ke kami turun naik, disuruh dapatkan cop, kami usahakan. Senang je mereka cakap borang itu hilang. Tahu tak betapa susahnya kami pergi dapatkan semua itu?

“Saya minta bantuan semua orang tolong share video ini agar JKM dan Lembaga Zakat nampak kesusahan kami ini,” katanya.

Antara Komen Netizen:

Tonton Video:

 

Sumber: Thereporter, TikTok Dyana Mohammed

Leave a Reply

Your email address will not be published.