Luna Maya

“Saya bukannya orang yg sabar seperti Adibah” – Kematian Adibah Noor buat Ustaz Kazim rasa malu

KEMATIAN Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu memberi kesan kepada ramai orang terutama teman-teman rapat yang sudah lama mengetahui sakit dihidapinya.

Ramai terkejut, kerana selama ini tidak ramai tahu dia sebenarnya menghidap kanser ovari, termasuklah ahli keluarganya sendiri.

Namun, sudah tertulis akan suratan takdir untuk dia meninggalkan dunia sebuah pentas ujian ini bagi menemui maha pencipta, Allah SWT pada Sabtu lalu.

Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?

Kazim melihat tindakan arwah Adibah merahsiakan tentang sakitnya itu sebagai satu pengajaran buat semua pihak untuk lebih bersikap sabar, sesuatu perkara yang dituntut dalam Islam.

Dalam masa sama, Kazim juga mengulas sakit yang dialaminya selama ini sebagai satu ujian buat dirinya apabila ia menjadi bualan ramai.

lni satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?

Saya tak mahu cerita sakit saya menjadi viral, tetapi apa boleh buat. Tidak salah untuk memberitahu tentang sakit yang dialami kepada teman rapat dan orang yang boleh membantu. Ini satu ujian buat saya, ujarnya.

Ustaz Kazim sebelum ini pernah berkongsi cerita beliau mengalami sakit misteri sejak 1997 dan tidak pernah mengetahui puncanya meskipun sudah mendapat pelbagai jenis rawatan.

Akibat perbuatan sihir itu, Kazim sering mengalami luka-luka pada beberapa bahagian tubuhnya seperti muka dan kaki.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *