Luna Maya

“Maaf, kami terpaksa rahsiakan penyakit Kak Dib…”- Ani Maiyuni

Pelakon, Adibah Noor disahkan meninggal dunia sekitar jam 8.15 minit malam tadi di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.

Berita sedih itu dikongsikan oleh rakan artis yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, doa dan kiriman bacaan al-Fatihah dititip supaya roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian selebriti itu, salah seorang bekas wartawan Melodi, Zuan Azmi menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan arwah meninggal akibat menderita penyakit kanser ovari tahap empat.

Apa-apapun salam takziah buat keluarga allahyarhamah dan al-Fatihah buat Adibah Noor Mohd Omar.

Perkongsian itu seakan-akan memberi bayangan bahawa dia akan pergi menemui pencipta petang tadi.

Pemerhatian mendapati komen sehingga hari ini dibanjiri ucapan takziah dan doa buat penyanyi tersebut.

Berita duka disahkan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook.

“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya yang dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta itu.

Mengikut sumber, arwah menghidap kanser ovari dan kini sudah berada pada tahap empat, namun, merahsiakannya.

Arwah sempat menulis ciapan terakhir, mengucapkan salam takziah buat pelakon legenda Hamid Gurkha yang meninggal dunai Rabu lalu.

Terdahulu, Adibah Noor berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg) dengan mengamalkan pemakanan sihat dalam tempoh dua bulan lalu.

“Ya, berat badan turun 18kg berikutan pemakanan sihat yang diamalkan sejak bulan puasa lalu.

“Saya tidak mengambil gula dan mengehadkan enam suapan sahaja setiap kali makan.

“Saya merasakan sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan kerana sudah berusia, itu sahaja,” katanya.

Berkongsi amalan pemakanan, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar berkata, dia menjauhkan minuman bergula dan makanan diproses.

“Saya mencari makanan dimasak segar dan tak makan makanan diproses atau dalam tin.

“Misalnya, jika saya mahu makan burger, saya cari gerai yang buat daging burger sendiri, bukan daripada dalam plastik sudah siap.

“Kalau dahulu, nasi lemak saya makan tiga bungkus. Sekarang, cuma satu bungkus sahaja,” katanya.

Terdahulu, Adibah berkongsi gambar terkini dalam laman Instagram, menerima pelbagai maklum balas netizen yang terkejut dengan imej baharu itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Terlalu Istimewa bersyukur, gambar itu mampu memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mengamalkan pemakanan sihat.

“Alhamdulillah. Nasihat saya, boleh turunkan berat badan tanpa perlu makan pil atau jus kurus.

“Tetapi, kena kuatkan semangat dan banyak sabar. Nak gemuk ambil masa, nak kurus pun begitu, bukan boleh berlaku sekelip mata,” katanya.

Sebentar tadi, ramai dikejutkan dengan berita pemergian selebriti serba-boleh, Adibah Noor kerana menghidapi kanser ovari tahap empat.

Kebanyakkan daripada kita tidak pernah mengetahui allahyarhamah sebenarnya sudah lama menghidapi kanser tersebut.

Terbaru, salah seorang rakan artis, Ani Maiyuni memohon maaf kepada semua orang kerana terpaksa merahsiakan penyakit yang dihadapi oleh pelatun lagu Terlalu Istimewa itu.

“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini.

“Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza,” kata penyanyi Ani Maiyuni.

Jelas Ani Maiyuni, dia terpaksa berahsia daripada semua kerana allahyarhamah memintanya agar tidak menghebohkan kepada orang lain.

“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah.

“Dia sakit selepas habis Gegar Vaganza (GV) dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.”ujarnya.

Ani Maiyuni berkata, selepas itu allahyarhamah terpaksa ditahan dalam wad dalam tempoh yang lama sehinggakan ramai menganggap penyanyi itu dijangkiti penyakit Covid-19.

“Bila saya tanya dia secara peribadi, barulah dia beritahu sebenarnya dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu,” kata Ani Maiyuni semasa dihubungi oleh Harian Metro.

Penyanyi berusia 43 tahun itu turut memberitahu Adibah terpaksa berpantang dan berehat secukupnya, selain tidak mahu menerima mana-mana tetamu.

Tidak cukup dengan itu, penampilan baharu Adibah yang mengejutkan ramai baru-baru ini merupakan kemunculan pertamanya selepas lama merehatkan diri.

“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,”maklum Ani Maiyuni.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

Leave a Reply

Your email address will not be published.