Luna Maya

Adik beradik Iangsung tak pandang kami sbb kami hanya mampu pakai proton saga je

Sedihnya rasa. Adik beradik tak pandang dah, kami cuma pakai saga, mereka pakai estima.

Assalamualaikum.

Kami antara pasangan yang terkesan dengan kenaikan harga barang & taraf hidup. Pendapatan kami sekadar cukup makan . Berkelahi tentang wang bukan lagi rutin bulanan kami. Kami mula belajar tentang bersyukur dan bertolak ansur.

Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession ini.

Mari baca confession ni dari sudut kekeluargaan. Lupakan tentang pandangan politik dan naik turun matawang kita.

Saya pernah bersembang dengan seorang kakak didalam bas. Waktu itu sekitar jam 12+ tengahari, dia baru balik kerja. Jaga parking sekitar sentul.

Katanya dia kerja malam sebab ada elaun, sy komen “sekarang ni nak makan pun susah,kan” katanya gaji dia rm1200,

gaji suami rm900, tinggal bersama mak yang lumpuh, 2 anak yang masih bersekolah & adik yang ada masalah mental. Rutinnya balik kerja berhenti di chow kit road untuk membeli barangan basah, balik masak dan tidur. Kisahnya merentap hati saya. Bagaimana saya boleh fikir miskin berbanding kakak ni..

Toyota estima

Mulanya kami berbaik sangka, mesej adik ipar yang duduk di kondominium ni walaupun tak balas. Fikir saya sibuk barangkali. Tapi, tadi dapat tahu dari adik ipar bongsu, adik ipar ni dah tukar no tel. Bila ditanya no baru, kakaknya pesan suruh mesej no lamanya saja.

Ya, no yang whatsappnya tak pernah dibalas sejak september. Seketika saya teringat, 4 kali kerumah mereka tanpa sekali pun sudi datang ke rumah kami. Adik beradik ipar dah berjangkit penyakit adik beradik saya ke?

Mungkin kisah ni lebih kepada sensitiviti orang miskin. Mungkin saya terlalu berfikir tentang perkara yang tak perlu diambil endah orang orang lain.

Saya tak tahu apa yang orang lain alami. Tapi saya yakin ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk kepada kami. Mungkin nasi panas & ikan kering kami tak layak untuk tekak orang lain. Mungkin lantai alas tikar getah kami buat kulit mereka gatal… mungkin!

Wallahi, kalau kamu baca dan tahu siapa kamu, datanglah bila bila masa, pintu rumah kami masih & sentiasa terbuka untuk kamu. Adik, abang, kakak,…

kerana darah yang mengalir dalam badan saya & suami adalah darah yang sama dengan kamu. Walaupun darah ini hina kerana kemiskinan kami.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : Majalahilmiah

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *