Luna Maya

‘Tak Sedar Iahir Dekat MaIaysia’ – Netizen Bengang Lebihkan Negara Luar, Lana Nordin Pesan Jangan Tengok Kalau ‘Koyak’

Umum tahu pelakon Lana Nordin dan keluarganya bahagia di Amerika Syarikat (AS). Namun, masih ada dalam kalangan netizen yang tidak berpuas hati dengan Lana lalu menganggu ketenteraman aktres itu.

“Kau tu yang wake up Lana! Jangan nak samakan dengan Malaysia. Jangan nak bangga sangat la. Tak sedar diri lahir kat Malaysia, cuba banding-banding pula.”

“Kau tak payah balik sini lagi, terus tinggal di sana yang kau banggakan tu. Semak la orang macam kau ni. Terlebih sudu dari kuah pula.”

'Tak Sedar Iahir Dekat MaIaysia' – Netizen Bengang Lebihkan Negara Luar, Lana Nordin Pesan Jangan Tengok Kalau 'Koyak'

Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari negeri Sarawak turut menasihati netizen yang tidak senang dengan kandungan dikongsikan agar berhenti mengikuti akaun media sosialnya.

Tegasnya, berhenti menjadi manusia hipokrit yang sekadar mengambil tahu perkembangan dirinya untuk mengutuk dan bercakap yang bukan-bukan.

Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut netizen dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dia turut dituduh sebagai anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid tersebut.

Sumber: Ohbulan & Instagram @lananodinmckienzie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *