Luna Maya

Taknak Terus Terpalit lsu OKU Akhirnya Kaklong Tampil Buat Kenyataan Yg Mengejutkan Ramai

Hari ini media sosial penuh dengan kisah Kaklong 7E yang dilihat mulai mengajukan permohonan maaf setelah satu lagi video dirinya yang sedang membuat live dikecam ramai.

RAKAMAN VIDEO PERMOHONAN MAAF DI BAWAH SEKALI

Kaklong 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura dipercayai mempersendakan golongan kelainan upaya sambil menjawab beberapa kecaman daripada netizen kurang dari 24 jam selepas dirinya viral kerana diundang ke salah satu program kelolaan stesen televisyen bercorak Islamik.

Disebabkan muak dengan drama tersebut, ramai yang meminta Kaklong 7E untuk senyap dahulu dan berhenti play victim setelah beberapa kali video dirinya bersikap biadap tular.

Mereka juga sudah bosan dengan permohonan maaf yang dibuat berulang kali dan berasa bangga apbila dirinya mendapat publisiti disebabkan hal negatif seperti ini.

Namun begitu, usahanya ‘mempertahankan’ diri dengan membuat live permohonan maaf dan mengakui hanya bergurau sahaja seakan sudah terlambat kerana ada golongan OKU yang telah membuat laporan polis berhubung video tular itu.

Mereka melakukan hal tersebut dengan harapan peniaga kosmetik berkenaan mengambil ikhtibar dan pengajaran agar tidak susuka hati mengeluarkan perkataan atau menunjukan sikap kurang elok kepada umum.

Kaklong tak ada ejek OKU.

Kaklong tau satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah. Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang. Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya.

Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia. Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar. Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan.

Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di Media Sosial ni. Terlalu ramai orang negative. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.

Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu.

Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa.

Salam Sayang.

Kaklong.

Tonton Video:

 

Sumber: Facebook Wan Noor Baizura

Leave a Reply

Your email address will not be published.