Luna Maya

Khabar Duka, Kak Tie Meninggal Dunia Dalam Sujud Ketika Solat Asar. Salam Takziah Buat Keluarga

Meninggal dunia dalam sujud, ia adalah satu pengakhiran kehidupan yang cukup didambakan oleh sekalian umat manusia di dunia ini.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Seorang jemaah wanita dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Asar di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan hari ini, 13 Jun 2022.

Menurut kenyataan di laman Facebook Masjid Ibrahimi Pasir Puteh Kelantan, jemaah muslimat tersebut meninggal dunia dalam sujud kedua ketika menunaikan solat.

“Ahli jemaah muslimat, meninggal ketika solat asar, dalam sujud kedua. Subhanallah, sungguh mulia kematianmu wahai ibu.

“Ya Allah, Engkau akhirilah kehidupan kami dengan Husnul Khatimah seperti Engkau hadiahkan kepada ibu ini,” maklum kenyataan tersebut.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber SK

Leave a Reply

Your email address will not be published.