Kita hidup berjiran hendaklah saling bert0lak ansur dan mengh0rmati sesama jiran tanpa mengira agama, bangsa mahupun tempat asal.
Jika kita melakukan sesuatu di rumah kita, seel0knya pastikan benda yang kita nak buat itu tidak mengganggu ketenteraman ataupun yang boleh menimbulkan rasa tidak senang di hati jiran-jiran kita.
Baru-baru ini tular perk0ngsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Man Tem yang menceritakan mengenai jirannya yang dikatakan terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut.
Kisahnya, jiran kepada lelaki ini membiarkan sahaja air basuhan daripada rumahnya mengalir terus ke depan rumah. Lelaki ini sudah cuba berbincang dan menegur jirannya dengan cara baik tetapi tidak berhasil malah menyakitkan hatinya.
Bila dapat jiran yang tidak berhati perut. Mementingkan diri sendiri. Air basuhan dari rumahnya dibiarkan mengalir hingga ke depan rumah dan ada kalanya hingga memasuki ke dalam kawasan.
Bayangkan air basuhan baju pinggan mangkuk ayun. Seangkatan dengannya. Sudah ditegur secara terhormat tapi jawapan dia boleh mendatangkan marah. Nanti kena jual lah plak!!
Berdasarkan gambar-gambar yang dimuatnaik lelaki ini, boleh dilihat keadaan jalan seakan-akan sudah jadi l0ngkang disebabkan perbuatan jirannya yang tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri.
Perkongsian lelaki ini dengan pantas menjadi tular dan rata-rata netizen turut berasa bengang dan marah dengan jiran lelaki berkenaan.
Mereka juga mencadangkan agar lelaki ini membuat aduan kepada JKK kampung ataupun pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Netizen kongsi pengalaman sama :
“sama lah dengan jiran warga asing aku ni banyak kali aku naik bagi tahu elok sidai baju tu perah lah..aku dah lah rumah bawah sekali..dia sidai baju menitik segala air baju seluar dlm dia..jerit dari bawah pun buat tak tahu naik atas 3 4 kali pun sama juga sakit hati betul..aku terpaksa beli awning..tp air menitik jugak geram pulak.org x de adap ni” – Ayu
“Teringat pula rumh kak sy d kampong,rumah pintu depan ngam depan pintu dapur rumah makcik sy,biar da tndas tmpt cuci pingan tmpt mkcik sy tu tp entah dah mcm jadi hobi ke sengaja sllu cuci pingan /bagi makan ayam nasi kt luar pintu dapor sampai lah smpah sarap nya dpn pintu rmh kk sy,skli 2 kita mklum,tp lma2 klman melampau bila kita tgur mcm menambah perangai” – Sun Sun
“Pernah berjiran dengan org mcm ni. Allah ja tahu smpai tahap mana kesabaran punya la tahan sabar. Bela kucing byk tp lepas biar makan berak rmh org. bila tegur dia buat cara halus plk. tiap pg mlm mengetuk dinding smpai nak pecah. Last angkat kaki pindah. Alhamdulillah tenang jauh dari manusia mcm tu” – Anisah
“Kat rumah aku pun, air basuh keta/lantai luar rumah jiran elok lalu depan rumah aku, aku spend rm600 boh tar bagi tinggi.. selamat.. hati pun x sakit.. pandai la air tu cari longkang” -Rahmati
Sumber : man Tem via Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih