Luna Maya

‘Dia melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan penyamun dibunuh’ – PoIis buru leIaki bvnuh penyamun yang cuba merampas handphonenya

UTARA SUMATERA, INDONESIA – Tindakan seorang lelaki yang mempertahankan nyawa dan hartanya sehingga terpaksa membunuh salah seorang dari empat lelaki yang cuba menyamunnya, telah ditetapkan sebagai suspek kes pembunuhan.

Polis meminta suspek, Dedi Irwanto, 21, tampil menyerah diri di balai polis berhampiran selepas mendapati lelaki itu telah melarikan diri ke Riau tidak beberapa lama setelah kejadian itu berlaku.

Setelah terjatuh, Dedi mengambil pisau miliknya yang selalu dibawa sebagai senjata perlindungan berikutan kes samun kerap berlaku di kawasan itu, tanpa berfikir panjang dia terus menikam penyamun itu sebanyak tiga kali.

Dedi sempat meminta pertolongan dari penduduk, malangnya tiada sesiapa yang mendengar jeritannya.

Panik dengan apa yang berlaku, tiga rakan mangsa (penyamun yang tewas) terus melarikan diri. Dedi kemudian pulang ke rumah lalu menceritakan kejadian tersebut kepada orang tuanya.

Siasatan awal pihak hospital mendapati, Dedi telah menikam punggung dan dua lagi tikaman lain di bahagian dada mangsa yang dikenali sebagai Oreza Andika Phalevi, 21.

Ekoran itu, polis merampas segala barang bukti seperti pisau lipat, dua motosikal, sehelai jaket berwarna hitam, telefon bimbit milik Dedi, objek yang digunakan dalam kejadian dan helmet milik Dedi. Kes tersebut akan dibawa ke mahkamah dan Dedi bakal berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : Reporter

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *