Luna Maya

Tahniah! Jamal Abdillah timang anak kelima pada usia 62 tahun

Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah telah menyambut kelahiran anak kelimanya selepas isteri tersayang Datin Zai Izzati Khiruddin, selamat melahirkan bayi lelaki.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Berita gembira tersebut dimaklumkan sendiri oleh Jamal Abdillah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian daripada anak sulung kepada Datuk Jamal iaitu penyanyi muda, Osama Yamani memaklumkan bahawa dia telah mendapat seorang lagi adik lelaki yang diberi nama Rayyan Iskandar.

Masing-masing meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga memandangkan baby berada dalam keadaan sihat.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada penyanyi legenda berusia 61 tahun itu kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Tahniah! Jamal Abdillah timang anak kelima pada usia 62 tahun

Jamal dan isteri telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani pada Oktober tahun 2020 dan seorang anak lelaki El Issac Yamani pada tahun lalu.

Beliau juga memiliki dua anak hasil perkahwinan sebelumnya iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *