JENAZAH penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira pukul 1.20 petang, Isnin.
Pada majlis pengebumian itu, suami kepada Siti Sarah yang juga pelawak Shuib Sepahtu serta adik bongsu arwah, Ahmad Yazeed mengiringi sehingga ke liang lahad dengan memakai peralatan perlindungan diri lengkap (PPE).
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu dikebumikan di lokasi sama kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Sebelum itu urusan pengendalian jenazah diuruskan oleh pihak Pusat Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) kira-kira pukul 10 pagi Isnin.
Siti Sarah, Shuib dan tiga anak mereka disahkan positif covid-19 pada 25 Julai lalu.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga, rakan artis dan media serta peminat.
Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM kira-kira pukul 5.13 pagi.
Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu, iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.
Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.
Terdahulu, Siti Sarah bersama suami, Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan empat anak termasuklah Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
Perjalanan terakhir Allahyarhamah. Shuib bagitahu kenapa dia rasa ‘cembvru’ dgn pemergian Siti Sarah
Perjalanan terakhir Allahyarhamah. Jena.zah Allahyarhamah @sitisarahraissuddin diusung dan dimasukkan ke liang lahad..
Jenazah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak tepat pukul 12:40 tengahari tadi.
Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki van jen4zah.
Sepasukan anggota polis dikerah berkawal di perkarangan tanah perkub.uran.
Difahamkan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam tanah perkub.uran.
Shuib ‘cemburu’ pemergian Siti Sarah
Kuala Lumpur: Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.
Suaminya yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib berkata, dia juga tertanya-tanya apakah kebaikan Allahyarham ketika hayatnya.
“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari seluruh pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwah. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.
“Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.
“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan arwah. Benar, saya ‘cemburu’ dengan pemergiannya,” katanya.
Menurut Shuib, dia reda jika arwah dijemput Allah ketika berada dalam keadaan kritikal di hospital Jumaat lalu.
“Kami pernah bercakap soal kematian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meninggal dunia pada hari Jumaat iaitu penghulu hari. Dia mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas seksaan kubur.
“Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mencabut ny4wanya ketika n4zak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu. Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga,” katanya
Tonton Video :
— Superkiram (@Superkiram1) August 9, 2021
Sumber MH Network. video superkiram1