Luna Maya

Individu terbukti terima vaksin ‘kosong’ akan disuntik semula

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki mendakwa disuntik dengan picagari kosong ketika hadir mendapatkan vaksin di sebuah hospital.

Menurut lelaki itu, ketika kejadian dia telah merakam proses suntikan berkenaan.

Namun, apabila melihat semula rakaman itu, dia mendapati tiada cecair vaksin di dalam picagari.

Malah, jarum suntikan juga dilihat tidak ditekan.

Lelaki itu turut mendakwa, dimarahi dan diminta memadam rakaman video berkenaan selepas mendapat suntikan sebenar.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat berhubung kes berkenaan.

Terbaru, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, agak mustahil untuk berlakunya penyuntikan tanpa vaksin kepada mana-mana penerima seperti yang ditularkan.

Beliau berkata, pemberian vaksin Covid-19 sentiasa dijalankan mengikut kaedah terbaik yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Beberapa perkara ditekankan semasa proses pemberian vaksin dilaksanakan iaitu pemberi vaksin atau vaccinator yang terbabit dipastikan terdiri daripada kakitangan yang bertauliah dan terlatih serta dilantik secara rasmi oleh JKNS.

“Sekurang-kurangnya dua kakitangan terbabit dalam tugasan pemberian vaksin di setiap stesen iaitu seorang kakitangan adalah vaccinator.

“Seorang lagi sebagai penyedia vaksin serta sebagai saksi semasa pemberian vaksin dilakukan,” katanya menerusi Harian Metro.

Dalam pada itu, polis mengesahkan menerima laporan daripada individu mendakwa disuntik dengan picagari kosong ketika mendapatkan vaksin COVID-19 di sebuah hospital, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd NorSaleh, berkata pihaknya menerima laporan itu jam 6.21 petang.

“Polis sudah membuka kertas inkuiri (siasatan dalaman) berhubung aduan berkenaan,” katanya.

Individu terbukti terima vaksin ‘kosong’ akan disuntik semula

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menjelaskan, mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin ‘picagari kosong’ akan menerima suntikan dos baharu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya akan memanggil individu berkenaan untuk menerima suntikan semula.

“Dipanggil suntik semula,” katanya, ringkas ketika ditanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kejadian suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menjadi tular di laman media sosial kerana didakwa membabitkan picagari kosong.

Antara kes dilaporkan termasuk kejadian pada Sabtu lalu di PPV pandu lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, yang mana PPV itu dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka sahaja.

Vaksinasi di PPV itu dilaksanakan oleh petugas Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) kem berkenaan.

Terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan picagari kosong iaitu PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu, menyebabkan orang awam terbabit membuat laporan polis.

Di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pula, dakwaan mengenai suntikan palsu ini dibuat pada Ahad dan laporan polis dibuat penyedia perkhidmatan kesihatan (HCO) itu.

Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dilapor memandang serius dakwaan berkenaan, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM bagi menjalankan siasatan terhadap kejadian.

Sumber Gempak & HarianMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *