Luna Maya

Imam Masjid Kedah, Ustaz Shafie Ismail meninggal dunia di Hospital Kulim

Alor Setar: Imam Masjid Negeri Kedah, Shafie Ismail, 58, meninggal dunia di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Kulim kira-kira jam 4.37 petang tadi.

Difahamkan arwah sebelum ini terjatuh di bilik air di kediamannya di Kulim, pada pagi Ahad lalu sebelum dimasukkan ke wad di hospital berkenaan.

Roslan berkata pemergian Shafie dianggap sebagai satu kehilangan yang cukup besar kepada warga Masjid Zahir dan jemaah di situ.

Katanya, Allahyarham seorang yang lemah lembut dan memiliki pengetahuan yang cukup tinggi berkaitan dengan ilmu agama.

Laman rasmi facebook Masjid Zahir Negeri Kedah turut memuat naik status pemberitahuan khabar duka ini.

29.12.2021 4.37 petang

update : Ustaz Haji Shafie Bin Ismail.

Dukacita, dengan kesedihan yang mendalam, dimaklumkan bahawa Ustaz Haji Shafie Bin Ismail, Mantan Imam Masjid Negeri (Zahir)
telah kembali ke rahmahtullah pada jam 4.37 petang tadi.

Sama-samalah kita membacakan Surah Al Fatihah dan disedekahkan kepada Almarhum.

Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

-abdullah azam-
media masjid negeri
Wad HDW, Hospital Kulim
Kedah Darul Aman

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber HM dan Media Masjid Negeri Kedah.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *