Luna Maya

IeIaki kantoi curang slps lstri nampak gmbar saman suaminya membonceng wanlta lain

Pihak berkuasa Thailand menghantar surat saman kepada seorang penunggang motosikal berserta dengan gambar dirinya melakukan kesalahan.

Namun, surat itu diterima dan dibuka oleh isterinya yang mendapati lelaki itu membonceng seorang wanita yang tidak memakai topi keledar.

Menyedari wanita dalam gambar itu bukan dirinya, apatah lagi tidak mengenali wanita itu membuatkan dia berasa curiga.

Lapor media tempatan, si isteri kemudian menyoal siasat suaminya mengenai pembonceng misteri itu. Tetapi tidak diketahui apa yang berlaku selanjutnya sama ada si suami berjaya melepaskan diri atau terpaksa berdepan dengan isterinya.

Sementara itu di media sosial, netizen berkata, sistem pengesan kesalahan lalu lintas polis trafik telah menghancurkan rumah tangga pasangan itu.

Tidak kurang juga ada yang cuba menyatakan mungkin si suami bekerja sebagai teksi motosikal untuk mencari pendapatan tambahan.

 

Sumber: Thai Smile Topic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *