Menjadi ibu bapa tunggal sudah tentu bukanlah suatu perkara yang mudah, terutamanya jika mempunyai anak. Golongan ini kadangkala perlu bekerja siang dan malam demi menyara anak-anak.
Perkara inilah yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok @nur87ladytruckers. Wanita yang dikenali sebagai Nurazlinda Mahadi memilih untuk menjadi seorang pemandu lori kontena bagi menyara lima orang anaknya.
VIDEO DI BAWAH SEKALI
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata,” kata Nurazlinda melalui video.
Ketika berada di rumah, Nurazlinda akan menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya, yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan empat anak perempuan.
Namun, watak ibu itu sekelip mata berubah ketika dia berada di luar rumah, dimana wanita berpurdah ini akan mencari rezeki dengan melakukan tugas seorang bapa iaitu sebagai pemandu lori kontena.
Ketika artikel ini ditulis, video mengenai kisah Nurazlinda kini mendapat 2.9 juta tontonan, 241.8k likes, dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata terharu dan terpegun dengan pengorbanan yang dilakukan olehnya.
Antara komen netizen
saya memang respect pada wanita begini
Semoga diberi kesihatan yang baik
Sila tonton video di bawah
Wanita pilih jadi pemandu lori kontena demi sara lima anak
tiktok @nur_ladytruckers pic.twitter.com/CPLOBOCmFY
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) July 6, 2021
Jangan lupa like, komen dan share ye. Anda juga boleh baca artikel menarik di bawah :