Luna Maya

Sangat menyayat hati, anak Ielaki maut digiIis Iori selepas mengeIar leher ibu kandungnya

GURUN: Seorang penagih dadah mengelar leher ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Jeniang, Batu 5, Jalan Gurun Jeniang di sini pada pukul 6.30 pagi ini.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Lelaki berusia 31 tahun itu yang melarikan diri dengan menunggang motosikal dengan menerpa ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah lori tangki, kira-kira satu kilometer dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata,  mayat mangsa, Sarah Jon, 70,  dikelar pada leher dengan senjata dipercayai pisau  tumpul oleh anak bongsunya daripada empat beradik itu.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan dan telinga kiri dipercayai ketika mempertahan diri ketika diserang oleh anaknya itu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua beranak tersebut.

“Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada kesan pecah masuk selain menemukan sejumlah dadah peralatan menghisap dadah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga pesakit mental mempunyai enam rekod jenayah termasuk empat berkaitan dadah.

Beliau memberitahu, mayat warga emas itu dan anaknya dibawa ke Hospital SUltan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

Tonton video :

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Utusan, Metro, Media Sosial

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *