Luna Maya

i-Citra KWSP : Pengeluaran Hingga RM5000 Mulai Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan ditamatkan esok, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang 4,000 kes sehari.

Katanya, PKP 3.0 kekal sehingga ketiga-tiga indikator dalam Fasa pertama Pelan Pemulihan Negara dicapai.

Muhyiddin turut memaklumkan kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih menyeluruh kepada rakyat pada Isnin atau Selasa ini.

Kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih komprehensif di bawah Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa.

BANTUAN TAMBAHAN RM 500 ONE OFF

Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 b.ilion ringgit kepada 2.4 j.uta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut.

Bantuan tunai secara one-off RM 500 kepada golongan B40 yang hilang pendapatan.

Dan bayaran tambahan RM 500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM 1,000 dan ke bawah.

GOLONGAN YANG LAYAK

Golongan yang layak menerima bantuan RM 500 secara one-off adalah terdiri daripada.Individu kehilangan kerja.

Golongan rentan dan kurang upaya, penerima BPR pendapatan RM 1,000 dan ke bawah serta bantuan ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM 500

Bayaran bantuan tambahan dan one-off RM 500 akan dibayar ke akaun penerima masing-masing pada mulai Jun 2021.

PERMOHONAN TAMBAHAN RM 500

Untuk makluman anda, bantuan RM 500 secara one-off ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.

Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PEKRESO.

Untuk individu berstatus b.ankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan.

i-Citra KWSP : Pengeluaran Hingga RM5000 Mulai Ogos

Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir k.es mereka.

Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan one-off ini akan menyusul sekiranya terdapat makluman terbaru.

PEMULIH: i-Citra – Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5000. Pengeluaran RM1000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.

“KWSP perkenal i-Citra, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.”

– Perdana Menteri

i-Citra KWSP

Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000. Pengeluaran RM1,000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP bermula 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

i-Citra KWSP : Pengeluaran Hingga RM5000 Mulai Ogos

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021

MORATORIUM automatik 6 bulan juga ditawarkan tanpa syarat dan semakan bermula Julai untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.