Luna Maya

Berulang-alik Jaga lsteri Sakit, Suami Meninggal Dunia Nahas Motosikal

ALOR GAJAH – Pengorbanan seorang suami menjaga isterinya yang sakit tidak berpanjangan apabila dia maut dalam nahas di lampu isyarat Simpang Ampat, di sini, awal pagi tadi.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

“Hasil siasatan, Muhammad Farul yang menunggang motosikal jenis SYM Jet X Std telah meneruskan perjalanan semasa lampu isyarat berwarna hijau.

“Bagaimanapun tiba-tiba warga emas berkenaan yang datang dari arah Alor Gajah membuat pusangan U, menyebabkan motosikal mereka bertembung,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, akibat rempuhan itu kedua-dua penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya difahamkan warga emas berkenaan menetap di Taman Naning dan terpaksa berulang-alik ke rumah anaknya di Alor Gajah bagi menjaga isterinya yang sakit.

“Untuk sementara arwah duduk dengan anaknya di Alor Gajah kerana menjaga isterinya yang sakit di sana.

“Rutin harian arwah akan balik ke rumahnya di Taman Naning untuk beri makan kucing dan ayam, kemungkinan arwah berpatah balik dan buat pusingan U bagi mengambil barang yang tertinggal,” katanya.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *