Luna Maya

Hid4p ‘D0wn Syndr0me’ Bukan Penghalang Gadis Ini Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Tindakan menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran adalah satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang terpilih.

Tidak dinaf1kan, menghafal bait-bait ayat indah itu bukanlah sesuatu yang mudah jika kita tidak memberi ketekunan yang tinggi.

Bagaimanapun, ia tidaklah susah jika anda ada kemahuan dan semangat yang tinggi untuk melazimi kitab suci tersebut.

Tular kisah istimewa oleh seorang gadis dari Jordan yang berjaya menjadi seorang hafizah apabila menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran.

Apa yang membuatkan kisah istimewa ialah gadis yang bernama Rawwan Dwaik mengh1dapi d0wn syndr0me.

Menerusi perkongsian di Twitter @thedailyreminder, Rawwan Dwaik merupakan gadis d0wn syndr0me pertama yang berjaya menjadi seorang hafizah dan berita itu telah membuatkan orang ramai memuji dan ‘cembvru’ dengan kelebihan yang ada padanya.

Hid4p ‘D0wn Syndr0me’ Bukan Penghalang Gadis Ini Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Sementara itu, ibunya sempat berkongsi bahawa Rawwan mengambil masa 7 tahun untuk menghafal al-Quran dan dia berjaya melakukannya pada pada 29 Ramadan tempoh hari.

Bagi memastikan Rawwan betul-betul menghafal, ibunya bertindak membawa Rawwan berjumpa beberapa orang Sheikh dan guru lain bagi mengujinya untuk beberapa bahagian.

Usahanya membuahkan hasil yang sangat baik apabila Rawwan berjaya melepasi ujian-ujian tersebut dan kini bergelar seorang hafizah.

Tambah ibunya lagi, Rawwan membaca al-Quran sebanyak 3 kali sehari.

Katanya, Rawwan telah didik sejak kecil bahawa al-Quran adalah penyuluh hidup. Usaha Rawwan tersebut telah membuatkan warganet berasa bangga dan ramai ucapan tahniah kepada gadis berkenaan di media sosial.

Antara Komen Netizen

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan!

Sumber: Twitter @thedailyreminder

Sumber : Koolfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *