Luna Maya

Video: Happy Isteri Hamil, Lelaki Baru Tersedar Yg Dia Dah 5 Tahun Tak Balik Kampung

Dalam urusan mencari rezeki, ada individu yang sanggup merantau hingga ke luar negara.

Biarpun menanggung rindu menebal kerana terpaksa tinggalkan anak isteri di kampung halaman, namun mereka rela asalkan dapat memberi keselesaan serta kesenangan sebelum pulang semula apabila wang sudah mencukupi.

Menerusi satu video di TikTok, seorang pekerja warga asing begitu gembira apabila menerima panggilan video daripada isterinya yang berada di negara asal.

Cukup berbunga hatinya apabila wanita berkenaan turut menyampaikan berita bahawa dirinya kini sedang hamil.

Tidak curiga sama sekali, apa yang peliknya adalah kerana dia sudah 5 tahun menetap di sini dan tidak balik menemui keluarga.

[VIDEO] Happy Isteri Hamil, Lelaki Baru Tersedar Dah 5 Tahun Tak Balik Kampung 2
Gambar Sekadar Hiasan

Tidak mahu lelaki itu terus dibuai bahagia tanpa menyedari hal sebenar, rakan kerjanya mula menjelaskan segala ‘kepelikan’. Setelah memikirkan kembali kemungkinan terbabit, dia kini banyak bersedih dan wajahnya juga kelihatan sugul ketika bekerja.

Tatkala ramai yang menganggap video ini hanya content rekaan, pemilik akaun TikTok ini tampil mengesahkan semuanya adalah benar.

[VIDEO] Happy Isteri Hamil, Lelaki Baru Tersedar Dah 5 Tahun Tak Balik Kampung 3 [VIDEO] Happy Isteri Hamil, Lelaki Baru Tersedar Dah 5 Tahun Tak Balik Kampung 4 [VIDEO] Happy Isteri Hamil, Lelaki Baru Tersedar Dah 5 Tahun Tak Balik Kampung 5 [VIDEO] Happy Isteri Hamil, Lelaki Baru Tersedar Dah 5 Tahun Tak Balik Kampung 6

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama bersimpati melihat nasib yang menimpa lelaki berkenaan.

Mana tidaknya, dia sudah bersusah payah di negara orang untuk mencari rezeki buat keluarga namun lain pula yang jadi.

Kesian la jauh-jauh kerja cari duit tapi dicurangi

laki pun ada perasaan tau

 

 

 

Tonton Video :

Sumber: TikTok Tirzatheexploited

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *