Luna Maya

Hanya 4 bulan bersama, suami iringi pengebumian lstri pakai baju nikah

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perkara tersebut dirasai sendiri seorang lelaki dikenali sebagai Hassanudeen Undingz Killerz apabila memuat naik khabar duka isteri yang baru 4 bulan dinikahinya meninggal dunia.

Hanya 4 bulan bersama, suami iringi pengebumian lstri pakai baju nikah

Ketika isterinya berada dalam keadaan kritikal di hospital, lelaki tersebut ada meminta kenalan dan warganet supaya sama-sama berdoa untuk kesihatan isterinya yang ketika itu perlu ditidurkan.

Hanya 4 bulan bersama, suami iringi pengebumian lstri pakai baju nikah

Namun begitu, tiada siapa dapat melawan kuasa Tuhan apabila insan yang amat disayanginya tetap pergi menemui Pencipta.

Apa yang membuatkan warganet lebih sedih adalah tindakan lelaki tersebut yang memakai pakaian sewaktu mereka bernikah ketika menguruskan jenazah isterinya.

 

Dapat dilihat dia duduk di tepi pusara isterinya lengkap berpakaian putih sambil termenung menahan sedih kehilangan insan tersayang.

Dalam perkongsiannya di Facebook lagi, Hassanudeen sempat meluahkan rasa cintanya kepada Allahyarham isteri dan berdoa agar bidadarinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang perasan dengan perkongsian tersebut menzahirkan ucapan takziah kepada Hassanudeen dan berharap dia kuat menerima takdir dari Allah S.W.T.

Mereka juga berdoa agar Allahyarham isterinya, Fatimah binti Ismil ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Ohmymedia, Facebook Hassanudeen Undingz Killer

Leave a Reply

Your email address will not be published.