Luna Maya

lsi minyak tengah jalan, geng Mustang dimaaki akhirnya terima padah – “Kereta mahaI tapi bod*h!”

Tindakan seorang pemandu kereta mewah Mustang yang mahu mengisi minyak petrol di tengah jalan raya pasti mengundang rasa geram pengguna lain, apatah lagi netizen di laman Twitter.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi video tular dikongsi @AbangDon__, pemandu tersebut dilihat merungut apabila kereta miliknya secara tiba-tiba kehabisan minyak sambil dirakam oleh seorang lelaki dipercayai rakannya.

Selain itu, terdapat dua lagi kereta jenama sama turut ‘meletakkan’ kenderaan mereka di belakang Mustang kuning berkenaan sekali gus menyebabkan aliran trafik mula bergerak perlahan.

“Macam bodoh padahal boleh je tolak tepi dulu, tapi content punya pasal hilang otak,” luah @AbangDon__ yang mendakwa video itu sekadar konten, awal pagi tadi.

Malah, pemandu terbabit juga seolah-olah tenang ‘melayan’ perbualan rakannya dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa seperti dilakukan orang lain jika berdepan situasi kecemasan tersebut.

Video berdurasi 40 saat itu meraih hampir 193,000 tontonan dan diulang kicau sebanyak 5,420 kali serta pelbagai komen netizen yang marah terhadap tindakan pemandu berkenaan.

Selain memberikan kata-kata sesat, ramai menyifatkan pemilik kereta itu mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain yang terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas.

Difahamkan, video berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok yang turut menerima kecaman sama dalam kalangan warganet.

 

Sumber: Twitter @AbangDon__

Leave a Reply

Your email address will not be published.