Luna Maya

Mak dktor, semua gaji bg kt ayah. Mak minta belikn baju tapi duit habis ayah bInja makwe dia

Semalam aku baru tau semua rahsia yang bapak aku pernah buat dekat mak aku. Selama ni aku tak rasa apa apa sebab kitorang 8 adik beradik walaupun parents dah crai, tapi still dapat kasih sayang secukupnya and mama baba masih boleh bercakap macam biasa.

Mama baba baik sangat. Banyak tolong kitorang kalau ada masalah. Duit tak pernah kedekut. Kalau outstation mesti tinggal duit. Selalu bawa makan.

Aku happy sangat, serious aku happy. Aku sayang gila keluarga aku. Cuma dalam aku happy tu tak sangka ada yang pernah skit dulu.

Lepas dah 14 tahun kahwin macamtu, bapak aku ada perempuan lain and perempuan tu budak office dia sendiri. Masa ni mak aku tengah mengandung kan abang aku. Duit bapak aku habis dia mewahkan perempuan tu

Entah macam mana mak aku jumpa perempuan tu and cakap terus terang. Last last perempuan tu tinggal kan bapak aku. lol bapak aku konon kemurungan tak makan nasi sebab cl4sh dengan perempuan tu padahal isteri kat rumah tengah mengandung.

Perempuan tu at the end blah dari office tu dengan ada lagi dua kawan dia yang baik dengan mak aku.

Tapi cerita tak habis kat situ. Tahun 2006, bapak aku buat perangai lagi bercinta dengan budak office dia. Bapak aku boss kan, padahal naik kan business dia pakai duit gaji mak aku juga, tak sedar diri.

Apa apa mak aku cakap, ada je dia nak tepis lepas tu lawan. Jadi start 2008 and 2009, mak aku dah malas gduh and biar je bapak aku nak buat apa. Masa dua tahun ni banyak benda yang mak aku baru sedar.

Ada satu hari tu mak aku beli barang dapur, dia bayar guna kad, kad ditolak. Mak aku try lagi satu kad, kad ditolak. Sebaik kad lagi satu valid. Waktu tu mak aku dah risau sebab kad dia semua kena tolak sebab hutang dah banyak sangat.

Mak aku start check balik semua hutang dia and sumpah mak aku terkejut gila dan taktau nak buat apa. Hutang banyak, simpanan takde padahal mak aku dktor patutnya dah ada 4 biji banglo dengan 2 Ferrari tapi tak mak aku masih pakai baju kerja yang sama.

Tahun 2010 mak aku dah tekad untuk pegang duit gaji dia sendiri. Bapak aku perasan sebab mak aku dah stop bagi duit gaji. Dia marah, dia kata macam mana dia nak bayar duit rumah, duit hutang kereta semua, padahal semua tu tanggungjawab dia bukan mak aku, pala bana.

Mak aku start bayar semua hutang yang bapak aku dah buat. Mak aku jual semua rantai gelang emas dia, menangis mak aku cerita ke aku. Aku pun nangis sama.

Mak aku berjaya habis kan hutang banyak banyak tu lepas 4 tahun macam tu. Waktu ni aku kecil lagi jadi aku tak terasa dipinggirkan ke apa, tapi kakak abang aku terasa. Bapak aku sebok dengan betina tu, mak aku cari duit nak bayar hutang.

Oh bapak aku dah kahwin dengan perempuan tu tahun 2010 macam tu rasanya. Tahun 2012, mama baba crai. Itu pun lepas naik turun mahkamah banyak kali sebab bapak aku taknak lepas kan mak aku.

Tahun 2014, alhamdulillah mama kahwin dengan lelaki lain. Dan sekarang 2019 aku dah umur 19 tahun. Mak aku dah tak skit hati, bapak aku even macam tu masih bagi anak anak duit, bayar duit yuran anak anak.

Aku tak rasa kurang kasih sayang or tak cukup makan ke apa. Mak aku pun dah maafkan bapak aku, dan dah berbaik dengan bini bapak aku. Adik beradik aku semua dah boleh terima bapak tiri aku dengan hati yang terbuka.

Bila dengar cerita mak aku semalam, sumpah aku sedih gla sampai aku rasa taknak kahwin. Mak aku kuat dan aku tak macam mak aku. Aku mungkin meroyan dan letak racun tikus kat makanan laki aku nauzubillah.

Aku taknak bagi pengajaran, aku rasa korang semua tau apa pengajaran dia. Aku cuma nak bapak aku tau yang aku serious sedih dengan apa dia buat. Hormat aku ke dia takkan aku lupa. Tapi tengok mak aku nangis semalam aku betul betul terkesan.

Aku tau past is past, aku tak dndam pun. Aku cuma terkesan. Terima kasih yang sudi baca.

Apa pendapat korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published.