Luna Maya

Gadis muda menemui ajaI ketika main fvnfair akibat trckik muntah sendiri

Keterujaan seorang gadis ketika menaiki permainan di sebuah taman tema bertukar tragedi apabila dia dilaporkan meninggal dunia akibat ‘tersedak’ muntah.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di daerah Avcilar, Turki, Istanbul.

Keluarganya mendakwa melihat mangsa yang berada dalam keadaaan ‘tekanan’ dan berulang kali meminta pengendali permainan tersebut untuk menghentikannya namun, permintaannya sama sekali tidak diendahkan.

Selepas gadis itu turun daripada permainan itu, bapa saudaranya cuba menampar dua hingga tiga kali dengan harapan anak saudaranya akan sedar.

Susulan daripada itu, gadis ini dibawa ke hospital dengan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba. Kini, pihak keluarga bercadang untuk mengambil tindakan bagi menuntut keadilan atas kematian gadis muda itu dan membuat laporan polis.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *