Luna Maya

Firdaus Wong dedah video sumpah Iaknat abang kepada mangsa serangan sksual pendakwah terkenal

Pendakwah bebas, Firdaus Wong dilihat semakin berani memperlihatkan bukti-bukti yang diperoleh daripada mangsa serangan seksual yang dikaitkan dengan seorang insan yang disegani ramai.

Kali ini, beliau dengan yakin telah memuat naik video sumpah laknat daripada abang kepada mangsa bagi menguatkan lagi dakwaan serangan seksual yang dihadapi oleh mangsa.

Menurutnya, rakaman sumpah laknat tersebut dibuat sebagai salah satu sokongan buat mangsa yang telah mengalami penderitaan sejak menerima mesej serta panggilan lucah daripada individu tersebut sehingga pernah berniat mahu membunuh diri kerana kemurungan melampau.

Firdaus Wong dedah video sumpah Iaknat abang kepada mangsa serangan sksual pendakwah terkenal

Menerusi saluran Telegram Firdaus Wong Wai Hung, belum memaklumkan sempat bercakap dengan ahli keluarga mangsa kira-kira 40 minit. Dalam perbualan tersebut, mereka memberikan kata-kata semangat kepada pendakwah itu supaya usah gentar dengan segala

 

Sumber: Ohmymedia, Telegram Firdaus Wong Wai Hung

Siasatan kes gangguan dikaitkan dengan UEL masih diteruskan

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan sksual membabitkan pendakwah popular, UEL.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mngsa yang dikaitkan dengan kes gangguan sksual.

“Kita masih teruskan siasatan lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan satu perbualan gangguan sksual yang didakwa membabitkan mangsa.

Beliau mendakwa itu antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mangsa.

“Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepada saya. Ini antara bukti yang diserahkan kepada polis.

“Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.

Susulan daripada pelbagai pendedahan yang dibuat oleh warganet dan juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengenai UEL, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi teguran.

Mohon Ebit Tampil Beri Pencerahan

Menerusi laman Instagram nya, PU Syed yang juga pendakwah bebas meminta UEL untuk tampil memberikan pencerahan sama ada menyangkal dakwaan tersebut atau menyaman mereka yang cuba memfitnahnya.

Terdahulu, Firdaus mendedahkan rakaman suara dan juga beberapa tangkap layar perbualan bersama mangsa yang dikatakan milik Ebit.

Pendedahan itu dibuat Firdaus menerusi siaran Telegram dan semua bukti telah pun diserahkan kepada pihak polis.

“Pendedahan demi pendedahan ‘yang berani’ telah dibuat terhadap UEL..

Maka ambe(saya) minta UEL agar tampil kehadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yg ente(awak) anggap telah memfitnah ente(awak)..

Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, namun masyarakat khasnya followers ente(awak) perlu diberi pencerahan setuntasnya.isu “panas” yang sedang terpalit ini.

“Namun janganlah memahami kaedah ini dgn menyatakan hanya dengan bersumpah selesai..

Sebab sebagai orang yang beriman, jika kita lolos seperti sajat ke Thailand dengan berselidung disebalik sumpah di dunia..

Di akhirat belum tentu kita akan semudah di dunia untuk mendpatkan kabel di akhirat sana” ujar Syed

PU Syed Mahu Kes Diadili Sebaik-Baiknya

Dalam pada itu, Syed akui sifat bersangka baiknya terhadap UEL semakin menurun berikutan mendapat tahu mangsa mula membuat laporan polis.

Meskipun menerima beberapa buah video yang dikatakan sebagai bukti, namun Syed bertindak untuk terus memadamnya selain mengharapkan isu tersebut dapat diadili dengan sebaik-baiknya.

“Ada beberapa video yg ambe(saya) dapat..dari hamba Allah namun ambe(saya) terus padamnya serta memadam no orang menyalurkan video tersebut kerana masih bersangka baik bahawa ianya adalah “penipuan”..

“Namun bila ramai para asatizah(ustaz dan ustazah) muncul mendakwa perkara yang serupa dan disokong dengan laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh “mangsa”.

Maka sangka baik ambe(saya) semakin mengendur dan ambe(saya) berharap isu ini dapat diadili dengan sebaiknya serta membongkar kisah sebenarnya..

“Biarlah kita diadili di dunia, jangan nanti di akhirat kita akan merana.

Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua..namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dalam kalangan masyarakat.

Apatah lagi jika muncul dari orang yang dihormati oleh masyarakat.

Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan utk menutupi kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Taasub pengikut juga adalah satu barah, taasub kepada kebaikan suatu yg dipuji syarak tetapi jika taasub secara melulu.

Sehingga tidak nampak langsung buruk yg sedang ditampal adalah suatu yang mendukacitakan” pesan Syed lagi

Dalam perkembangan berkaitan, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes membabitkan UEL selepas polis mengambil keterangan mangsa yang membuat laporan.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *