Luna Maya

Gara² elak motosikal keluar secara tiba-tiba, tiga maut empat cedera parah

LIPIS – Tiga penumpang maut selepas kereta dinaiki yang dipandu suami salah seorang daripada mereka terbabit kemalangan dengan sebuah van syarikat keselamatan di Kilometer 84,Jalan Lipis -Merapoh di sini pada petang Khamis.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 petang itu, dua penumpang kereta jenis Toyota Altis, Mariam Ariffin 41 dan Che Mazenah Hussin,61 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala, Rosnani Md Daud, 28 (isteri pemandu) yang berada di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis.

Pemandu kereta yang juga imam Masjid Merapoh, Wan Mohd Azizol Wan Daud, 35 patah tangan manakala pemandu van, Mohd Sofiean Hamzah,42 hanya cedera ringan di muka.

Dua penumpang van berusia 41 dan 62 tahun patah kaki.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, kereta Toyota Altis dinaiki pasangan suami isteri bersama dua rakan dalam perjalanan dari arah Merapoh menghala ke Lipis.

Menurutnya, siasatan di lokasi mendapati kemalangan berlaku di laluan lurus dan keadaan cuaca baik.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber media sosial & SH

Leave a Reply

Your email address will not be published.