Luna Maya

Dulu Pengutip Sampah Dan Tidak Bersek0lah Hingga Berumur ll Tahun, Kini Gadis Cantik Ini Berjaya Dapatkan Ijazah Dan Menjadi Inspirasi.

Semua orang punyai cita-cita dan impian untuk dicapai dan dimiliki. Namun takdir yang tersusun sudah termaktub, setiap perjalanan dan destinasi berbeza. Justeru ada yang berjaya mencapai mimpi dengan mudah dan ada juga yang tersungkur ketika ‘melompat’ untuk menggapainya.

Begitulah yang dilalui oleh gadis bertuah, Sophy Ron yang tidak dihantar ke sekolah sehingga beliau berumur sebelas tahun.

Beliau telah dijumpai oleh salah seorang pelajar Cambodian Childrens Fund (CCF) sebuah organisasi pendidikan yang di asaskan di daerah termiskin di Cambodia.

Lebih mengagumkan apabila Sophy telah diberikan biasiswa penuh tajaan CCF untuk pergi ke melanjutankan pengajian asasinya dan telah diterima masuk untuk menyambung Ijazah Sarjana mudanya di University of Melbourne.

Beliau juga diberikan penghormatan sebagai valedictorian untuk menyampaikan ucapannya di upacara penutup di majlis graduasinya.

Pencapaiannya begitu membanggakan untuk seorang yang tidak hadir ke sekolah hingga usia sebelas tahun. Sophy yang dahulunya menghabiskan masa mengutip dan mengasingkan sampai bagi mendapatkan wang untuk ibubapanya.

Dia juga pernah memakan sisa makanan untuk meneruskan kehidupannya.

Begitulah kehidupan, kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di masa hadapan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan. Jangan sesekali putus asa sebelum mencuba.

Diharapkan semoga kisah gadis ini boleh menjadi sumber inspirasi buat kita semua. Tiada apa yang mustahil untuk dicapai asalkan kita percaya dengan kebolehan diri dan usaha yang tidak pernah putus asa.

Kita tidak akan pernah tahu kemampuan diri kita jika kita tak pernah mencuba. Selain itu, pujian dan penghargaan juga harus diberikan kepada organisasi dan pihak yang prihatin dan baik hati yang membantu golongan susah dan juga memberi peluang untuk mereka memperbaiki kehidupan.

Sumber : Cambodian Childrens Fund/ nangtime.com, nangtime.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.