Luna Maya

Kegembiraan majlis perkahwinan abang bertukar tragedi, dua beradik maut nahas jalanraya ketika pulang

KUALA KRAI – Perjalanan dua beradik yang baharu selesai menghadiri kenduri perkahwinan abang mereka berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan

membabitkan sebuah kereta dan lori di KM89, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran simpang Manek Urai, petang tadi.

“Pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Suzaimi berkata, kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori sehingga menyebabkan kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 3.59 petang.

“Dua mangsa dilaporkan tersepit dan kami menggunakan alat peralatan khas dan pemotong bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber HM,dan MediaSosial

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published.