Luna Maya

“saya hantu siakap” Isu Harga Ikan Siakap Tak Masuk AkaI, DSV Tawar Nak Bayar Bil Mangsa

Umum mengetahui sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai ikan siakap yang dijual mahal di sebuah restoran di Pulau Langkawi mencecah lebih RM1,000.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Perkara itu turut mendapat perhatian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang simpati dengan nasib mangsa serta mahu membayar semula harga ikan siakap yang dikenakan kepada mangsa.

“Saya ada baca kisah ikan siakap viral. Sementara saya masih bercuti di Langkawi ni, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

“Saya terpanggil ssebab saya memang suka ikan siakap, saya sensitif isu ikan siakap, saya hantu siakap. Saya bukan nak cari viral tapi sebab saya memang di Langkawi,” katanya.

“Boleh tolong sampaikan kat dia ye. Kalau ada sesiapa yang mengenali beliau boleh tolong tag atau DM saya okay,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh perkongsian seorang pengguna Facebook berkongsikan bil harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal berjumlah RM1738.70, dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.

Tonton Video KLIK SINI

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber RK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *